Penjagaan Seharian.
Awal Pagi :
Berikan bekalkan makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang bersih. Bersihkan segala najis serta kotoran. Periksa kuantiti makanan yang telah dimakan dan membersihkan najis arnab merupakan rutin harian yang sepatutnya anda lakukan. Periksa juga samada botol minuman berfungsi dengan baik atau tidak.
Petang :
Tambah makanan(pallet) dan bekalkan rumput "hay"/Alfalfa/timothy atau daun keledek.
Malam :
Tambah makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar. Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik. Arnab akan makan lebih banyak pada waktu malam kira–kira 75% berbanding siang hari.
Penjagaan Mingguan
- · Bersihkan sangkar arnab anda. Sikat bulu/ kemaskan bulu arnab anda (jika arnab anda baka yang berbulu tebal dan panjang seperti angora).
- · Basuh botol minuman arnab anda dengan berus yang sesuai.
- · Berikan arnab anda sedikit makanan tambahan seperti buah-buahan atau sayuran tetapi hendaklah di dalam kuantiti yang sedikit saja.
Penjagaan Bulanan
- Bersih dan cuci sangkar arnab anda dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk mencegah pembiakan bakteria. Anda juga harus memeriksa kuku arnab anda. Sekiranya panjang, anda haruslah memotong kuku arnab tersebut supaya anda tidak dicakar dengan kuat ketika mengangkatnya. Potong bahagian hujung kuku sahaja. Selain itu,pemeriksaan terhadap gigi arnab juga perlu dilakukan kerana gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan kerana itulah anda harus menyediakan sesuatu makanan yang agak keras seperti dahan pohon, buah-buahan untuk arnab anda mengigitnya.
No comments:
Post a Comment